Link Halaman

Statistik Kunjungan Situs

PANTUN PERPISAHAN

<<<back   Home   next>>>

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan



Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi



Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai



Malam ini menanam jagung
Malam esok menanam serai
Malam ini kita berkampung
Malam esok kita bercerai



Hari ini menugal jagung
Hari esok menugal jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai



Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga



Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri



Mana Manggung, mana Periaman
Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman
Tinggal tepian tempat mandi



Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi



Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?



Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana



Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi



Penggal puan penggal selasih
Penggal puan di Johor lama
Buah hati tinggallah puan
Kanda pergi tidakkan lama

Buah pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walau jatuh di negeri satu
Hilang di mata di hati jangan

Hanyut cawan dengan bakinya
Berperai-perai bunga selasih
Ayuhai badan apa jadinya
Hampir bercerai dengan kekasih

Air telaga terasa sejuk
Siapa kesana teruslah mandi
Kupandang muka membawa mabuk
Kudengar suara memutus hati




<<<back   Home   next>>>


postted by Blog's administrator. Customer Service 085641070202

Tidak ada komentar:

Posting Komentar